bismillahirrahmanirrahim..
sempena minit2 terakhir untuk berbuka yg berbaki ini dapat saya manfaatkan melalui coretan ringkas ini.
berlalulah sudah bulan rejab dan syaaban. berlalulah sudah zaman tadika dan sekolah rendah. sekarang kita berada di platform yg lebih tinggi iaitu di platform sekolah menengah... dan juga di platform ramadhan.. oelh itu, adakah kita mahu paltform ramadhan kita kali ini sama sahaja seperti platform ramadhan kita sewaktu di tadika, mahupun di sekolah rendah dahulu?
jika dahulu, ada antara kita disogok dengan duit dan pelbagai lagi hadiah menarik agar penuh puasa kita.. takkan sekarang pun masih perlu disogok dengan benda2 tu lagi?.. cop2... x cukup ke dengan apa yg telah ALLAH sogokkan pada kita? ish3.. ALLAH janji nak bagi kita masuk melalui pintu yg namanya ar-raiyan iaitu khas bagi mereka yg berpuasa.. leee... pintu je pun..rumah aku pun banyak... wait3~ yang pertama: sama ke pintu rumah kita dengan pintu syurga ALLAH? tahu tak, yg kita semua tak tentu lagi dapat masuk syurga ALLAH... walaupun ada banyak sangat pintu dekat syurga tu.. jadi jangan nak berlagak sangat dengan diri yg serba kekurangan ye~
kita konon berazam dengan macam-macam azam sempena ramadhan.. tapi apa jadi dengan azam kita? nak deactivate account fb? dah buat? nak kurangkan mencarut? dah buat? nak kurangkan ikhtilat? dah buat? sabarlah dulu!! nak sabar sampai bila?
satu persoalan. perlu sangat ke kita ada pakwe atau makwe? eh salah2.. perlu sangat ke untuk kita suka pada org silang jantina.. wajib ye? YE WAJIB!.. KITA PERLU TUNAIKAN HAK HATI KITA YG ADA FITRAHNYA... fuuh.. hak ye? kalau mcm tu hak jiwa kita yg perlu kita tunaikan dah buat? HAK APA YA? hm... hak untuk dpatkan cinta yg Maha Agung.. ALLAH TAALA..
org yg mengabdikan dirinya kepada ALLAH akan sentiasa takut untuk melakukan dosa.. takut untuk menjadi org tgh aktiviti2 couple, chatting, calling2 silang jantina tanpa sebab yg betul2 munasabah.. juga takut untuk mencarut,,, juga takut untuk mengumpat...
tapi,,,
orang yang mengabdikan dirinya kepada bulan ramadhan yang juga merupakan hamba kepada ALLAH taala.. dia hanya takut utk lakukan semua tu ketika waktu siang di bulan ramadhan.. takut pahala puasa kurg kononnya...
oleh itu, group Kafilatun Najah ini dibina supaya kita semua saling menyelamatkan antara satu sama lain... bukan kita menjadi pengkhianat kepada teman2 kita.. adakah kita mahu jadi sperti kaum2 yang terdahulu yang dihapuskan oleh ALLAH lantaran tidak mahu beriman kepada ALLAH biarpun telah ditunjukkan bukti2 kehebatan ALLAH? ketahuilah, Islam dtg dalam keadaan asing... dan ia akan kembali asing.. maka berbanggalah mereka yg terasing... biar kita sikit... janji kita mendapat redha ALLAH...
kepada mereka yang suka menghina, mengejek dan yg seumpama dengannya terhadap kawan2 mereka yang berniat baik untuk memimpin tangan mereka di atas landasan ini... ayuhlah kita berhenti... sampai bila kita mahu begini?? kita yg pilih jalan hidup kita... jgn salahkan org lain.. jomlah ikut jalan2 yang Hak...
kita perlu dan wajib tinggalkan perkara-perkara LAGHO.. kerana selagi perkara-perkara lagho tidak di musnahkan daripada jiwa kita,, selagi itulah jahiliyyah memamah jasad kita.. kerana tak mungkin kebenaran bercampur dengan kebatilan ^_^
fikir-fikirkanlah wahai hamba ALLAH yang dikurniakan akal........
kita tergolong dalam golongan yg mana? golongan hamba ramadhan kah? atau golongan hamba ALLAH? cuba tepuk2 sikit pintu hati tu.. tanya2..apakah khabaran iman kita semua?
kalau anda adalah hamba kepada ALLAH, maka ramai-ramai lah komen sebagai tanda sokongan kepada entry ini~
ya ALLAH, kak pimpinlah kami ke jalan yg diredhai oleh Mu
No comments:
Post a Comment
lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)