Papan kekunci kUnitTaujih..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, seperti yang adik-adik QN semua maklum, pertandingan Quiz QN sedang berlangsung.. Penyertaan daripada adik-adik Qn sekalian sangatlah digalakkan.. segala maklumat tentang Quiz tersebut adik-adik boleh baca di ruangan post dibawah.. Hadiah yang menarik menanti anda!! Ayuh Adik-Adik QN!! Sertailah Beramai-ramai!!



unitTaujih(^_^)

Monday, August 1, 2011

resepi ramadhan #1

bismillahirrahmanirrahim..






 ini bawang merah yg kecik punye.. lagi best yg besar.. ingat.. potong dadu tu jgn kecik sangat jgn besar sangat.. cendawan kipas mcm yg kat dalam gambar tu bawang kalau nak kurgkan kadar pedih mata waktu potong, kena rendam semalaman.





 ini mushroom soup yg sangat creamy.



kali ini nak bawa sedikit kelainan, iaitu resipi ramadhan.. nak ajar macam mana nak buat mushroom soup yg bukan instant.. sekejap je nak buat mushroom soup ni.. yg lamanya tang nak potong bawang dengan mushroom je.. kalau dah expert, senangla..


MUSHROOM SOUP [UTK 10 orang]

Bahan-bahan keseluruhan:

Bawah merah besar 3 biji
Buttercup 1
Kiub Pati Ayam 4 ketul
Daun Parsley
susu cair 1 tin
Air minum
tepung gandum
Lada Sulah
cendawan kipas 3 paket


CARA-CARA MEMASAK:

1. Potong bawang merah dan cendawan kipas secara dadu. 
2. Ambil kuali leper, panaskan kuali, letak separuh buttercup dan tunggu hingga betul-betul cair. kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga tepung gandum tadi betul-betul sebati dengan buttercup tadi.
3. Ambil blender, kemudian masukkan tepung gandum yg dimasak dengan buttercup tadi ke dalam blender. Seterusnya, masukkan satu tin susu cair+kiub pati ayam 2 ketul untuk di blend bersama-sama dengan tepung+ buttercup. Blend sehingga tiada lagi tepung yg berketul-ketul.
4. Ambil periuk, Panaskan setengah lagi buttercup yang tinggal sehingga cair.
5. Masukkan bawang yg dipotong dadu dan letakkan sedikit daun parsley dan lada sulah. Gaul bersama di atas api.
6. Apabila bawang tadi telah layur, masukkan cendawan kipas yg dipotong dadu dengan kiub pati ayam dalam 1 ketul dan gaul bersama.
7. Tunggu lebih kurg 3 minit.
8. Masukkan campuran di dalam blender ke dalam periuk dan gaul sehingga sebati.
9. Setelah ramuan yg di dalam periuk tadi betul-betul panas dan masak, masukkan air minum mengikut citarasa. sekiranya anda sukakan kuah yg pekat maka masukkan dalam 1 gelas air. Kalau anda suka yg cair sedikit, masukkan lebih air.
10. Gaul dan tunggu sehingga sup cendawan betul-betul sebati.
11. Rasa. sekiranya kurg menepati citarasa, anda mungkin boleh menambah kiub pati ayam sedikit dan daun parsley supaya aroma lebih naik.
12. Hidangkan bersama-sama dengan roti. Lebih sedap jika roti tersebut di bakar atau di sapu garlic butter dan dibakar.

SELAMAT MENCUBA ^_^

2 comments:

  1. kalau ada sesiapa yg nak try.. bagila tau feedback mushroom soup yg korg buat tu~ :)

    ReplyDelete
  2. rindu syahirah atikah :'( kirim salam dia :)

    ReplyDelete

lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)