Papan kekunci kUnitTaujih..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, seperti yang adik-adik QN semua maklum, pertandingan Quiz QN sedang berlangsung.. Penyertaan daripada adik-adik Qn sekalian sangatlah digalakkan.. segala maklumat tentang Quiz tersebut adik-adik boleh baca di ruangan post dibawah.. Hadiah yang menarik menanti anda!! Ayuh Adik-Adik QN!! Sertailah Beramai-ramai!!



unitTaujih(^_^)

Monday, August 15, 2011

ExPlOrAcE QN...


12 Ramadhan 1432 H, merupakan satu tarikh yang bermakna buat adik2 QN kerana mereka telah belajar bagaimana untuk membuat kerja2 di rumah... . Explorace bertemakan unuthah (keperempuanan) yang dikendalikan oleh AJK Program Khas ini dijalankan di bangunan sekolah menengah.

Sejurus selepas loceng sekolah dibunyikan, tanda tamatnya waktu persekolahan pada pukul 12.30 tengahari, ahli2 QN mula bertadarus dalam usrah untuk menguji tajwid dan fasohah (kelancaran) masing-masing. Kemudian, solat Zohor ditunaikan secara berjemaah di Musolla Al-Amin.

Setelah melaksanakan solat sunat Zohor, taklimat explorace diadakan bagi menggambarkan kepada ahli2 QN mengenai explorace ini. Perasaan berdebar-debar untuk memulakan explorace ini tergambar di wajah semua ahli QN.

Maka, bermulalah acara yang 'gilang-gemilang' ini. Antara checkpoint yang terpaksa ditempuh ialah membasuh baju, melipat baju, menggosok baju, membasuh pinggan dan mengemas bilik. PIC yang menjaga checkpoint tersebut ialah kak Hanifah, kak Aisyah, kak Husna, kak Solehah, kak Fatimah, kak Farzanah Roslan dan kak Haifa.
                             Adik2 sedang membasuh pinggan mangkuk.

                                              Aktiviti melipat baju...


                                        Setelah penat mengemas bilik...
                                            Menggosok baju..
                                              kain2 yang baru dibasuh...

Tempat2 yang dijalankan checkpoint adalah di kelas 2 al-Razi, Dewan, tempat wudhu', tandas tingkat 3 dan bilik kesihatan. Explorace ini berakhir sekitar pukul 4.30 petang.

Dalam explorace ini, dapat dilihat bahawa, dengan melakukan kerja2 rumah seperti membasuh baju, melipat baju, menggosok baju, membasuh pinggan dan mengemas bilik ini, adik2 telah melaksanakan beberapa muwasafat tarbiyah iaitu mampu berdikari, tersusun urusan dan bermanfaat kepada orang lain.

Selain itu, adik2 juga dapat melatih diri untuk menjadi seorang perempuan yang berkualiti, bermaruah dan bertanggungjawab dalam melakukan kerja rumah yang merupakan peranan seorang anak, isteri seterusnya seorang ibu. Wassalam...

                                                                                                                              written by: unit taujih ^_^

5 comments:

lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)