Papan kekunci kUnitTaujih..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, seperti yang adik-adik QN semua maklum, pertandingan Quiz QN sedang berlangsung.. Penyertaan daripada adik-adik Qn sekalian sangatlah digalakkan.. segala maklumat tentang Quiz tersebut adik-adik boleh baca di ruangan post dibawah.. Hadiah yang menarik menanti anda!! Ayuh Adik-Adik QN!! Sertailah Beramai-ramai!!



unitTaujih(^_^)

Monday, August 15, 2011

Info Al-Masad



          Jika orang yang sangat kita sayangi dicaci dan dihina, apa yang akan kita rasa dengan orang itu? Mesti marah, bukan? Itulah gambaran surah ini. Allah berjanji bahawasanya Dia akan menyeksa dan membinasakan orang yang menghina kekasihNya, Ar-Rasul saw.
(Ya Allah, jauhilah kami dari tergolomg daripada golongan tersebut)  
Anda tahu siapa yang hina Rasulullah?
 Dialah Abu Lahab. Sewaktu Rasulullah menyampaikan dakwah, baginda berseru di kawasan yang lapang. Lalu orang Quraish berkumpul di hadapan baginda. Mereka mempercayai kata-kata baginda. Lalu Abu Lahab mencelah dengan berang, “Celaka kamu. Adakah disebabkan ini kamu mahu menghimpunkan kami?” Maka turunlah surah Al-Masad.
Maksudnya:
(1)   Binasalah kedua tangan Abu Lahab Dan sesungguhnya dia akan binasa
-          Abu Lahab berhadapan dengan kehancuran dan kerugian yang amat.
-          Suatu janji Allah . Sesungguhnya janji Allah itu benar.

(2)   Tidak ada gunanya harta itu  kepadanya dan juga apa yang diusahakannya     
-          Harta, usaha dan amalannya sia-sia.
-          Semua itu tidak memberi manfaat kepadanya untuk melumpuhknan dakwah baginda.

(3)   Dia kelak akan masuk ke dalam api yang lidah apinya menjulang-julang.
(4)   Dan juga isterinya, membawa kayu api.
-          Dia akan dibakar di dalam api neraka yang sangat panas dan tidak diketahui tahap kepanasannya kecuali Allah.
-          Dia akan dibakar bersama isterinya.

(5)   Pada lehernya ada tali dari tali yang dipintal
-          Kenapa tali yang dipintal?
-          Pendapat 1- kerana Abu Lahab mempunyai seutas rantai dan bersumpah untuk menjualnya sebagai dana untuk menentang Rasulullah.
-          Pendapat 2 - maksud penghinaan dan gambaran pembawa kayu api sebagai merendahkan keangkuhannya dan suaminya.
Siapa Abu Lahab?
Nama: Abdul Uzza
- Bapa saudara Nabi s.a.w.
- Musuh ketat Rasulullah s.a.w.
- Selalu menyampuk dan mendustakan apa jua yang diperkatakan oleh Rasulullah.                   

Kenapa isterinya terlibat?
Menurut riwayat, isteri Abu Lahab sering meletakkan duri di jalan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. Dia mengumpul duri-duri semata-mata untuk tujuan tersebut. Pandangan lain menyatakan dia bersungguh-sungguh cuba mewujudkan perseteruan antara Nabi s.a.w. dengan orang ramai. Dia membawa bara fitnah dan menyalakan api permusuhan.
   
Ibrah dari Al-Masad
Adakah Abu Lahab hanya wujud di zaman itu sahaja (zaman Rasulullah)? Kalau ya, kenapa Allah menurunkan surah ini? Mungkinkah wujud Abu Lahab versi moden?
Kalau kita lihat hari ini banyak terdapat Abu Lahab versi moden. Wujudnya komik-komik yang dilukis untuk menghina baginda. Wujudnya kata-kata yang seakan menghina baginda. Oleh itu, janganlah sekali-kali kita menghina sunnah baginda. Kalau sesuatu sunnah itu kita tak nak ikut, diam je. Janganlah kita mengeluh, menyindir atau seumpamanya kepada sunnah baginda. Walaupun kita mengungkap alaa.. atau tak suka la… boleh jadi kita tergolong dalam golongan ‘Abu Lahab versi moden’. Nauzubillah min zalik.
Wallahu a’lam.    

4 comments:

lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)