Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum waahmatullahi wabarakatuh kepada semua . Sudah hampir separuh cuti akhir tahun kita telah dihabiskan . Apakah yang telah kita lakukan? Semoga apa yang telah dilakukan atau yang akan dilakukan memberi manfaat kepada diri kita . Alhamdulillah diberi juga peluang oleh Allah untuk saya berkongsi di sini . Semoga semua dapat mengambil manfaat dan dikongsi bersama, InsyaAllah.
Sebelum saya menyentuh tentang tajuk di atas, saya ingin menjelaskan dahulu apa erti usrah?.
Usrah merupakan perkataan bahasa arab yang membawa maksud keluarga. Keluarga ini dibina atas dasar keimanan . Usrah merupakan tempat untuk kita mebincangkan perihal duniawi, ukhrawi dan juga merupakan tempat untuk kita meluahkan perasaan . Ia juga merupakan tempat untuk kita mengecas semula diri kita . Usrah mempunyai 3 rukun iaitu kenal mengenali, saling memahami dan saling tolong-menolong . Dengan ini ukhuwwah yang terbina akan menjadi lebih kukuh dan utuh jika semua ahli dan ketua usrah mengambil peranan .
Mari kita sentuh kepada tajuk asal kita iaitu Kenapa Perlu Usrah? . Ikutilah kisah di bawah . Walaupun ia hanyalah rekaan semata , harap semua dapat mengambil 'ibrah(pengajaran) daripada kisah ini.
Di sebuah kota ,ada sebuah kampung yang terletak di hujung kota tersebut . Seorang kaya merupakan salah seorang yang tinggal di kampung tersebut bersama isteri dan seorang anak perempuannya . Pada suatu hari , terdetik di hati si kaya untuk menikahkan anaknya dengan seorang pemuda dari kampung ini. Lalu si kaya mengadakan sebuah majlis makan makan dan menjemput ramai orang pemuda untuk hadir ke majlis ini. Ketika majlis sedang berlangsung, si kaya berdiri di hadapan semua jemputannya lalu berucap.
"Tujuan sebenar saya menjemput kalian semua untuk hadir ke majlis ini adalah untuk mencari seorang pemuda yang layak untuk dijodohkan dengan anak perempuan saya . Syaratnya adalah dia haruslah merentasi sungai yang ada di belakang kalian .", kata si kaya. "Di dalam sungai ada ular-ular , buaya, duri dan pelbagai lagi rintangan yang perlu dihadapi oleh sesiapa yang ingin dinikahkan dengan anak saya" .
Beberapa minit telah berlalu, tetapi tiada seorang pemuda yang tampil untuk menyahut cabaran si kaya . Melihatkan tiada pemuda yang berani lalu si kaya membuat 3 tawaran . Pertama , orang itu akan mewarisi semua harta si kaya . Tawaran kedua pula , orang itu akan memiliki semua tanah yang dimiliki oleh si kaya .
" Manakala yang ketiga ialah..."
BERSAMBUNG...
Nantikan sambungannya... jgn lupa 'follow'...
Ditulis oleh hamba yang masih perlu dididik, Layyinul Harir...
No comments:
Post a Comment
lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)