Papan kekunci kUnitTaujih..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, seperti yang adik-adik QN semua maklum, pertandingan Quiz QN sedang berlangsung.. Penyertaan daripada adik-adik Qn sekalian sangatlah digalakkan.. segala maklumat tentang Quiz tersebut adik-adik boleh baca di ruangan post dibawah.. Hadiah yang menarik menanti anda!! Ayuh Adik-Adik QN!! Sertailah Beramai-ramai!!



unitTaujih(^_^)

Sunday, October 23, 2011

LUAHAN hati...

BEKUnya air mata kerana KERASnya hati...

KERASnya hati kerana TAKUTnya mati...

TAKUTnya mati kerana CINTAkan dunia...


Betapa tubuhku menggeletar apabila mendengar ayat ini. Betapa bulu romaku meremang bagaikan melihat sesuatu yang menakutkan. Betapa fikiranku terpaku bagai dihentak dinding. Betapa mulutku terkunci seribu bahasa. Betapa hatiku berkecamuk bagaikan disambar halilintar...
Ya ALLAH, mengapa air mataku begitu beku? Adakah kerana hatiku sudah menjadi keras seperti batu? Sedangkan batu juga boleh pecah apabila dilalui air... Apakah benar aku takutkan mati? kerana aku tidak bersedia menjawab pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir? Dan dunia, apakah aku terlalu mencintakanmu? sehingga akhiratku diabaikan?

Alhamdulillah, jika adik2 merasakan perkara ini...meskipun tidak seberapa banyak, tahniah anda adalah insyaAllah orang yang beriman kerana apabila seseorang melihat kebaikan dia gembira, melihat kemunkaran dia sedih, itulah tanda dia orang beriman...
Tapi....ini tak cukup! kita juga perlu bertaqarub (mendekati) Allah dengan linangan air mata, kekhusyukan hati, ketenangan fikiran dan keringanan badan... Maka, barulah kita dapat menjaga hablumminallah sekaligus hablumminnas...InsyaAllah!

sekadar menceritakan isi yang terbuku di dalam hati,
yang lemah dan tiada daya,
unit taujih...

2 comments:

  1. ALLAH! ALLAH! ALLAHUAKBAR!

    tiba2diilhamkan ALLAH untuk membuka ruangan ini lantas hati terketuk oleh lagu latar yg dipasangkan diruangan ini dan tiba2 tertangkap kelibat post baru yg apabila dibaca! ALLAHUAKBAR. menangis hati ini~

    tahniah kerana berjaya menulis dengan hati~

    BD556D043

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Allah memberi ilham untuk menaip...
    "Jangan melihat kepada siapa yang menyampaikan, tapi lihatlah pada apa yang disampaikan"

    ReplyDelete

lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)