Salam.
Berbaki 5 hari saja lagi Ramadhan akan memunculkan diri.
Moga ArRahman beri lagi peluang untuk kita mengharungi.
Di kesempatan waktu sebelum tidur ini, teringin pula mengingatkan sesuatu di sini untuk kebaikan diri dan sahabat semuanya.
Mana tahu ini peringatan terakhir. Mana tahu kerana peringatan inilah Allah meredhai hamba yang hina ini.
+ + +
Suka sekali saya ingatkan diri saya setiap hari tentang salah satu tips yg ulama' telah gariskan untuk kita cemerlang ataupun menghadam sesuatu benda itu iaitu : At-Takhliah qabla At-Tahliah ( kosongkan sebelum hiasi isi).
Qaedah ini memang sesuai bahkan dharuri untuk dipraktikkan dalam setiap aspek.
Ye lah, mana mungkin hati kita nak dipenuhi dengan kebaikan bila keburukan sudah mendominasi.
Selari dengan kefahaman kita dengan firman Allah dalam surah Ahzab :
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"
+ + +
Jadi, bermula dari sekarang, sama-sama lah kita mengosongkan segala jahiliyyah/keburukan dari diri kita.
Tak guna juga kalau kita dok sibuk siap sedia mengharungi ramadhan dengan pelbagai amal. tetapi kotoran di hati masih kekal tidak dibersihkan.
Akhir kalam, 'kosongkanlah' diri kita untuk diisi sepuas-puasnya pada Ramadhan tak lama lagi...
nota: buat yang kurang faham, boleh rujuk naqib/ naqibah masing2. tak pun rujuk penulis asal entry ni :)
rujukan: http://ibnukhairuddin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)