bismillahirrahmanirrahim.
segala puji-pujian dan syukur ku panjatkan kepada Rabbul Jalil, Allah subhanahu wataala.
pada hari ini, tangan terasa sangat gatal ingin mengetuk-ngetuk papan kekunci laptop kecikku. hal ini tak lain x bukan kerana ingin menunaikan janji yang telah dimeterai antaraku dengan juniorku yang bernama saidatul akhyar.
begini ceritanya..
pada suatu hari, ketika itu aku sedang berdiri di hadapan rak al-qur'an di musolla.. pada kebiasaannya, aku masuk ke musolla lambat gara-gara barisan yg sangat panjang yg harus ditempuhi olehku ketika beratur ingin mengambil wudhu' dan mengqadha' hajat di tandas banat, tingkat 3. tetapi pada hari itu, aku siap awal. awal daripada biasa. awal daripada banin yg selalu berzikir menunggu waktunya untuk mengumandangkan azan zuhr. pada pangamatanku, aku harus mengisi masa emas ini untuk mengulang hafalanku yang rapuh bak biskut kering.. saat aku hendak mencapai salah satu mushaf al-qur'an yg terdapat di dalam rak tersebut, tiba-tiba aku terasa bagai ada mata yang memandangku penuh harapan.. aku lantas menoleh ke kanan dan saidatul akhyar sedang setia berdiri disampingku..
saidatul akhyar: kak...
saya: ye?
saidatul akhyar: macam mana akak boleh tahan dengan rasa cinta kat banin?[lebih kurg mcm nila soalan die]
saya: [sambil tersenyum] em, nanti akak bagi jawapannye k? awak baca blog akak nanti..
aha! aku tahu ini bukan blog aku. tapi demi beberapa sebab, aku perlu mencoretkan isi hatiku di sini..
wahai saidatul akhyar..
jujur akak katakan di sini pada ketika akak di umur saida, akak memang tak lari daripada masalah cintakan manusia silang jantina.. eh! bukan cinta.. suka-suka gitu~ tapi akak pun tak tahu kenapa walaupun akak suka-suka orang, tapi akak tak ambil pulak no telefon die supaya akak boleh contact die.. akak x pulak mengkonfes perasaan suka akan terhadap die.. akak x pernah pulak terkinja-kinja apabila dia berada berdekatan dengan akak.. dan sebagainya.. selalu akak fikir.. kenapa mcm tu ye? walhal pada ketika itu, akak berkawan dengan orang yg boleh dikategorikan sebagai sosial.. tapi sampai sekarang akak tak pernah meluah perasaan ada banin, akan x pernah kapel.. alhamdulillah..
setelah lama memikirkan persoalan yg selalu bertandang di fikiran akak ni.. akhirnya akak jumpa jawapannya.. sebenarnya hanya ada sebab kenapa sesuatu perkara itu tidak berlaku walaupun pada lahirnya kita nampak mcm x logik kalau x berlaku.. jawapannya adalah kerana kekasih kita Yang Maha Agung nak selamatkan kita... kadang-kadang akak terfikir.. kenapa akak yg teruk ni pun ALLAH nak jauhkan kita daripada bahaya2 ni.. hm.. mungkin adalah hikmahnya yang akan kita nampak satu hari nanti..
saidatul akhyar,
kalau nak dirungkaikan satu persatu kisah2 'cinta' akak kat sini.. nescaya 1 novel boleh diterbitkan oleh seorang penulis cilik yg sgt comel iaitu akak ^_^
pasal soalan mcm mana akak boleh tahan rasa cinta akak pada banin tu.. wallahua'lam.. tapi mungkin akak boleh jawab sikit2..
yg pertamanya.. mungkin sebab akak rasa segan kalau pergi konfes2, pergi meminta2 cinta, pergi mengejar2 dia.. akak rasa mcm maruah akak rendah. pernah suatu ketika, ada kawan akak ni mcm kemaruk sgt dengan cinta.. ada org ckp dekat dia: doa banyak2 dekat ALLAH. minta ALLAh jaga hati kita dan hati si dia sekiranya si dia ditakdirkan utk kita... minta ALLAH agar jauhkan si dia daripada kita sekiranya dia ditakdirkan bukan utk kita.
yg keduanya.. akak rasa berjaya dalam percintaan yg tiada kepastian adalah satu perkara yg x bermakna.. baik akak belajar rajin2 utk Islam.. bak ada org kata: aku rela cintaku terkorban berbanding cita-citaku terkorban.
yg ketiga.. akak selalu tanya pada diri akak.. perlu sangat ke akak pada cinta2 tu?
yg keempat.. akak selalu rasa terpukul dengan ayat ni: perempuan yg baik adalah perempuan yg tidak menyebut2 tentang lelaki dan lelaki tidak menyebut2 tentangnya :)
yg kelima... mungkin sebab daripada dulu selalu dapat kerja.. jadi.. kdg2 x de masa nak fikir2 benda ni.. taukan.. kalau tin2 kosong tidak diisi dengan air yg bersih, maka air yg kotor akan mengisi tin2 tersebut.. maksudnya.. kalau diri kita ni x diisi dengan perkara2 yg baik.. maka jahiliyyah sgt berebut2 nak isi diri kita..
yg keenam.. akak bukan x bersyukur dengan diri akak.. tapi akak sgt bersyukur ALLAh kurniakan akak mcm ni.. maksudnye x mempunyai daya penggoda/penarik..
yg ketujuh, akak rasa malu buat benda2 tu semua.. sebab satu hari nanti.. kalau masing2 dah ada keluarga.. tiba2 kalau kita ditakdirkan utk berjumpa dengan kekasih hati kita waktu kecik2.. kan malu..
yg kelapan.. akak pernah baca satu kisah tentang ali dan fatimah.. akak sendiri x pasti kesahihan cerita ni.. tapi kalau x sahih pun.. tetap boleh dijadikan sbg pengajaran.. selepas akadnya ali dan fatimah.. ketika dirumah, fatimah meminta maaf kepada ali.. menurutnya di apernah mencintai seseorang sebelum dia mengahwini ali.. ali mmg sgt terkejut dan sedih.. kalau x silap.. ali tanya siapakah pemuda tersebut.. lalu fatimah menjawab.. engkaulah orgnya.. maksudnya fatimah rasa bersalah sgt sebab cinta dekat ali sebelum dihalalkan ikatan lagi. cuba bygkan kalau fatimah sebut org lain.. bukan ali.. apa perasaan ali? ALLAHUAKBAR! menangis akak dengar cerita ni..
yg kesembilan..kawan akak pernah kata: kalau kita suka banyak sangat org sebelum kita kawin nanti.. kita suka ke kalau suami kita nanti pernah suka dekat banyak perempuan lain jugak sebelum kawin dengan kita?
yg kesepuluh.. 2 minggu yg lalu, akak pernah tanya pada mlmh ros.. mlmh, mlmh masa sekolah menengah dulu, mlmh pernah x minat kat org? mlmh jawab x pernah langsung.. akak mcm ragu.. akak tanya balik soalan yg sama.. mlm pun jawab dengan soalan yg sama. WOH! HEBAT! akak tanyalah.. mcm mana mlmh boleh buat mcm tu? mlmh ckp.. mlmh yakin dengan janji ALLAH.. kalau mlmh jaga diri mlmh, ALLAH akan bagi yg terbaik utk mlmh.. wakttu tu, akak rasa malu sgt dgn diri akak...
yg kesebelas.. pernah guru tahfiz akak ckp pada akak.. salah satu penyebab kita lupa pada hafalan kita adalah kerana kita tidak menundukkan padangan kita daripada yg haram.. ASTAGHFIRULLAH! sebak pula rasa bila tulis ni.. akak sendiri sedang mendidik jiwa akak agar sentiasa menjadi yg terbaik..
wahai saidatul akhyar..
akak tahu kalau akak ckp mcm mana pun.. kalau awak tetap dgn pendirian awak.. maka akak tak boleh buat apa2 lagi selain daripada memohon kepada ALLAh agar kita berdua sentiasa dinaungi hidayah dan rahmatNya.. well, it is all about your mind.. awak sendiri kena buat keputusan... kawanlah dengan kawan yg betul2 kawan~ mcm mana? jadilah kita seorang kawan yg betul2 kawan... bukan lawan.. kawanlah dengan ikhlas.. ALLAh akan dtgkan kawan yg ikhlas utk kita..
pernah akak tinjau2 kelas tingkat 2 kat sekolah.. ada stau kelas ni tak ingat kelas apa.. dia ada tampal.. pasal suka2 ni.. pakwe die ckp dekat makwe dia yg seluruh hati dia adalah utk makwe dia.. pastu makwe die tanya.. then, what is left for ALLAH? ASTAGHFIRULLAH.. kdg2 kita mengaku kita cinta ALLAH and else.. tapi sebenarnya dalam x sedar.. kita dah peruntukkan seluruh hati kita utk manusia......
akak tataula entri panjang ni menjawab soalan awak ke tak.. nasihat akak, sayangilah org yg betul2 sayang kita.. contohnya family, cikgu, kakak senior, adik2 junior, naqibah.
salam sayang,
BD556D043--> kalau x silapla.. -_-''
ini da lebih dari menjawab :) terima kasihhh :B BD556D043 tu ape ?
ReplyDelete>saidatul: BD556D043 tu no giliran spm akak. :)
ReplyDeletewaah kak han ! nice ;) kini ana bersyukur wlupun muke ana tk brp lawa !! hehe ^^
ReplyDeletejawapan yg ke lapan, sembilan, sepuluh dan sebelas tu sgt menyentuh hati ana. alhamdulillah ana terbaca post ni..G11 tyka
ReplyDeleteYa Allah,terima kasih kak nifah :) .1411.
ReplyDeletesoalan 3:
ReplyDeletea) ringkaskan sebelas cara penulis utk tahan rasa
cinta pada silang jantina
b) nilai/pengajaran yg lahir dari hati saat anda
baca post ini :)
wahh , mantap2 ;D
ReplyDeleteana tau!!!!mesti syarifah x tau ape yg nk komen lgi :)
ReplyDelete