Papan kekunci kUnitTaujih..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, seperti yang adik-adik QN semua maklum, pertandingan Quiz QN sedang berlangsung.. Penyertaan daripada adik-adik Qn sekalian sangatlah digalakkan.. segala maklumat tentang Quiz tersebut adik-adik boleh baca di ruangan post dibawah.. Hadiah yang menarik menanti anda!! Ayuh Adik-Adik QN!! Sertailah Beramai-ramai!!



unitTaujih(^_^)

Tuesday, December 13, 2011

Kenapa perlu usrah? (2)

Sambungan "Kenapa perlu USRAH?"


" Manakala yang ketiga ialah..." ,belum sempat si kaya menghabiskan kata-katanya, terdengar bunyi dari sungai menandakan ada seseorang telah terjun ke dalam sungai tersebut. Kelihatan ada seorang pemuda sedang bergelut dengan ular yang ada dalam sungai tersebut. Semua yang hadir kagum dengan keberanian pamuda itu . Pemuda itu berenang dan melepasi semua cabaran yang ada . Akhirnya dia tiba di hujung sungai tersebut dalam keaadaan yang selamat .


Semua orang berlari ke arah pemuda tersebut dan mengerumuninya termasuklah si kaya tadi . Lalu si kaya bertanyakan kepada pemuda tersebut. " Apakah yang membuatkan kamu untuk terjun ke dalam sungai tersebut sebelum sempat saya menghabiskan tawaran ketiga saya ?". Pemuda itu hanya menggeleng dan tunduk memandang ke tanah . Si kaya terus menanyakan tentang tawaran mana yang akan diambil oleh pemuda itu .Tetapi si pemuda tetap menjawabnya dengan gelengan .

"Saya tidak mahukan semua tawaran yang ditawarkan oleh kamu . Apa yang saya inginkan sekarang adalah siapakah yang telah menolak saya sehingga saya jatuh ke dalam sungai tersebut? ", tanya pemuda itu .

Cerita tamat di situ. Pada logiknya mungkin salah seorang daripada tetamu yang hadir telah menolak pemuda itu sehingga dia terjatuh ke dalam sungai tersebut. Banyak 'ibrah yang dapat diambil daripada kisah di atas. Antaranya melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh , niat merupakan peranan yang penting dalam kehidupan kita dan lain-lain . 


Saya ingin menekankan tentang 'keselamatan' dan 'keterpaksaan'. Kita lihat pemuda itu tetap bersungguh untuk menyelamatkan dirinya sehingga tiba ke hujung sungai dalam keadaan yang selamat walaupun dia tidak berkeinginan untuk menyahut cabaran si kaya . Dia terpaksa demi menyelamatkan dirinya . 

Begitulah juga diri kita yang hidup di atas muka bumi ini yang cabarannya . Kita 'terpaksa' menyelamatkan diri kita daripada perkara buruk yang ada iaitu dengan menyertai usrah . Usrah dapat melindungi kita daripada terus hanyut dengan dunia . Hidup kita perlu diseimbangkan . Kita hanyalah hamba Nya . Jadi hidup kita perlu diisi dengan segala yang diminta olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya . Marilah kita bersama-sama mengajak ibu bapa , guru , adik beradik , saudara-saudara dan sahabat untuk lebih mendekati  , mencintai dan mengejar redhoNya .


*segala yang baik daripada Allah, tuhan sekalian alam dan segala yang buruk daripada diri saya sendiri .Perkara yang baik dijadikan tauladan ,yang buruk dijadikan sempadan . Semoga semua dapat 'ibrahnya. Sebarang komentar yang membina sangatlah diharapkan untuk memperbaiki diri ini .

Ditulis oleh hamba yang masih perlu dididik, Layyinul Harir..


No comments:

Post a Comment

lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)