"Alamak, tak study lagi...."
"Nak buka facebook ke baca buku?...ehmm..buka bukulah.."
"Muallimah, ana tak fahamla tentang linear equations ni..., dah nak dekat periksa ni..."
"Kenapa Parameswara lari dari Temasik? aaah.....lupa..."
Beginilah lumrahnya pada musim peperiksaan... Semua pelajar akan beralih ke alaf dunia yang baru...tiba2 rajin belajar, tak buka facebook, mula buka buku, buat banyak latihan dan banyak lagi. Bak kata, semuanya akan berubah menjadi 'baik'. Tetapi ada juga yang tak berubah langsung! ada juga yang tidak risau langsung tentang peperiksaan...
"ha? periksa? apa aku kisah?!"
"ala periksa akhir tahun je pun...gagal pun tak pe.."
"malas la nak belajar... bukannya aku dapat A pun.."
"tawakkal je la.. tak sempat la nak study.."
Tapi, terdapat juga golongan yang amat bagusss...
"Periksa bermula bulan depan...aku kena banyakkan belajar!..."
"Ya Allah, aku telah berusaha sebaik mungkin...aku bertawakkal padaMu atas segala keputusan..."
"Alhamdulillah, soalan ni aku dah belajar minggu lepas..."
Di sini, ana tekankan 3 golongan...1. golongan yang prihatin terhadap periksa tetapi tidak bersedia dari awal, 2.golongan yang langsung tidak kisah tentang peperiksaan dan tidak bersedia, dan 3. golongan yang sangat mengambil berat tentang peperiksaan dan bersedia dari awal serta bertawakkal setelah berusaha....
Cuba adik2 renungkan.... antunna nak pilih yang mana satu? (sila jawab dalam comment ye...)
Alang2 musim peperiksaan ni.. ana nak bagi 1 formula yang insyaAllah adik2 boleh amalkan...
' usaha + doa + tawakkal = insyaAllah berjaya! '
ini sahaja yang dapat dikongsikan...jumpa lagi...ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH!...
unittaujih (^_<)
No comments:
Post a Comment
lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)