Papan kekunci kUnitTaujih..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, seperti yang adik-adik QN semua maklum, pertandingan Quiz QN sedang berlangsung.. Penyertaan daripada adik-adik Qn sekalian sangatlah digalakkan.. segala maklumat tentang Quiz tersebut adik-adik boleh baca di ruangan post dibawah.. Hadiah yang menarik menanti anda!! Ayuh Adik-Adik QN!! Sertailah Beramai-ramai!!



unitTaujih(^_^)

Friday, September 2, 2011

Sirah 1

BismillahirrRahmanirRahiim




"Agak-agak kan, kalau orang tu tak ada pengaruh, senang tak orang nak dengar cakap dia?"
" Hah? mestilah susah..orang macam nak tak nak je dengar cakap dia.."

" Sebab tu lah kan, Nabi Muhammad lahir dari kelompok yang mulia. Kabilah Quraiysh. Semua orang arab hormat. Lagipun, Datuk, nenek moyang Nabi, semua pemimpin. Kalau dari kalangan pemimpin, mesti banyak pengaruh kan? Senang nak ajak orang masuk Islam..Lagi satu, Nabi Muhammad punya keturunan ni, Allah jaga, semua lahir suci. bukan hasil Zina."


"A'ah kan, Abdul Mutalib, datuk Nabi, semua orang hormat. Ayah Nabi pun antara pemuda yang paling baik akhlak. Mak Nabi pulak, perempuan Quraiysh yang paling baik dari segi keturunan dengan kedudukan waktu tu. orang ramai Respect! "

Farisha dan afrina sibuk membincangkan isu bagaimana seseorang itu boleh mempunyai pengaruh yang kuat atas individu lain. Akhir sekali, perbincangan mereka membawa kepada sirah nabi Muhammad sendiri.

Cuma, pada awalnya, memang tentang pengaruh, tapi sudah lari masuk tajuk Kekuatan. Kecekalan. ketabahan. dan macam mana dugaan membantu.

"Nabi dari kecil dah jadi yatim piatu kan? kalau ayah dia, nabi tak sempat nak tengok pun. baru 2 bulan dalam perut. Lepastu, pergi pula menyusu dengan HalimatusSa'diah jauh di pedalaman. Tak duduk dengan Aminah, mak Nabi pun. bila dah dalam lingkungan 4 tahun, baru duduk dengan Aminah. tapi, Kejap je. waktu nabi 6 tahun, aminah pula meninggal.Umm.."

" Dah jadi yatim piatu.. Abdul Mutalib pula jaga, Abdul Mutalib ni datuk nabi. memang sayang sangat-sangat lah kat nabi tu. nama "MUHAMMAD" tu pun Abdul Mutalib yang letak., tapi dengan datuknya pun sekejap je Nabi dapat rasa kasih sayang. Datuk nabi Meninggal waktu nabi 8 tahun.. Lepas tu Nabi tinggal dengan Abu Talib pulak, bapa saudara nabi. orang Quraiysh hormat Abu Talib"

" Waktu nabi duduk dengan halimatusSa'diah kan, ada satu benda yang terjadi. Belah dada. tapi, ada juga yang kata belah perut, tapi tak apa, cumanya, kalau ikut buku Nuurul Yaqin, nabi cerita kat halimatusSa'diah yang ada 2 orang lelaki berpakaian putih datang berjumpa Nabi, Memegang, Membaring dan membelah perut Nabi. Dikeluarkan sesuatu dan dicampakkannya."

"Oh, itu kotoran yang ada kat hati kan?"

"Itu tak pasti, tak ada pulak cerita dekat Nuurul yaqin, tapi kalau buku Raheeq Makhtum, ada kata yang Dikeluarkan segumpal darah dari hati Nabi, Lepastu hati nabi dibasuh....."

"Oohh,,, penyucian jiwa lah ni? :), Kita pun boleh jugak kot 'basuh' hati kita ni.. tapi tak boleh pakai air lah, guna amalan-amalan sunat ke...hee"





"Sebab tu lah Nabi tabah hidup. Dah diuji dari kecil lagi. Berdikari."

"cakap pasal berdikari kan, tahu tak yang Nabi dah ikut Abu Talib pergi berdagang waktu umur 12 tahun? kita ni, 12 tahun buat apa je lagi.."

"Humm, Pergi ikut berniaga di Syam. tapi, terjumpa Buhaira', pendeta. Dalam buku Nuurul Yaqin, Buhaira cuma datang jumpa rombongan dagang Abu Talib dan tanya tentang pengutusan nabi dalam kalangan bangsa Arab yang lahir dalam waktu tu, tapi kabilah tu jawab yang nabi akhir zaman belum lahir lagi. Ye lah, diorang mana nak tahu, nabi tak diangkat jadi rasul lagi".

"Ooo.. Kalau Raheeq makhtum, Buhaira' datang jumpa Abu Talib dan suruh Abu Talib bawa nabi Muhammad balik, jaga elok-elok sebab dia nampak tanda-tanda kenabian dekat Nabi Muhammad..tapi tak apa, sama je sebenarnya, point yang kita boleh tengok, Kisah pasal Nabi Muhammad memang dah disebut dalam kitab-kitab dulu.."

"betul-betul-betul.."






[ mungkin terdapat kecacatan dalam entry ini, sukar difahami dan sebagainya, sesiapa yang mahu tahu ceritanya dengan lebih jelas, boleh juga tanya Naqibah.. dan lebih bagus kalau dapat baca sendiri buku 'Nuurul Yaqiin' ]

 Sirah best kalau dapat dihayati dan difahami! :)

[MInta maaf, post tentang sirah keluar lambat. sangat sangat sangat minta maaf. Asif 'ala dho'fi]






No comments:

Post a Comment

lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)