Papan kekunci kUnitTaujih..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, seperti yang adik-adik QN semua maklum, pertandingan Quiz QN sedang berlangsung.. Penyertaan daripada adik-adik Qn sekalian sangatlah digalakkan.. segala maklumat tentang Quiz tersebut adik-adik boleh baca di ruangan post dibawah.. Hadiah yang menarik menanti anda!! Ayuh Adik-Adik QN!! Sertailah Beramai-ramai!!



unitTaujih(^_^)

Thursday, August 11, 2011

Pengisian daripada 3 kepada kita semua...

BismillahArRahmanArRaheem...

Salam'alayk.. Wahh! Mudah-mudahan blog QN ini sentiasa di'update' oleh orang yang telah dipertanggungjawabkan.. >_< (terase pedas pulak)




Hmm.. Mesti tertanya2kan, apakah 3 itu?? Haa! Pada kali ini kita akan pergi kepada hadith 3.. Sudah hafal belum? Tidak mengapa, hadith ini pendek dan mudah dihafal bg semua org tetapi tidak ramai yg betul2 memahami hadith ini? Betul tidak? Salah ya, hmm, maaf2.. Lupa kamu semua hebat2 belaka... ^_^

....HADITH 3....



Hadith ini tajuknya.. "Rukun Islam dan Tunggak-tunggak Asasnya".. Siapa pernah membacanya? Baguuss... Bg yg sudah membacanya, ini sebagai ulangan.. Kepada yg belum, ini sebagai pengisian baharu buat kamu.. 

Dalam hadith ini, mengisahkan tentang: 

(a) BINAAN ISLAM.

Apakah itu? Rasulullah telah menjelaskan bahawa dasar pembinaan Islam terdiri daripada:-

1. Syahadah. 'bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah' Kalimah Syahadah ini merupakan pintu kepada Islam.. 




"Sesiapa yg menyebut (laa ilaaha illallah) dengan penuh keikhlasan, nescaya dia akan masuk syurga"
[hadith sahih al Bazzaar]

    
2. Solat 5 waktu. Solat itu wajib atas seluruh umat Islam. Allah telah berfirman yang bermaksud: 
"Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." 
[Surah Al Ankabuut: 45]

     
3. Mengeluarkan Zakat. Apa itu yang dimaksudkan dengan zakat? Zakat iaitu mengeluarkan bahagian tertentu-daripada harta yang cukup nisab dan memenuhi syarat-syarat wajib zakat-kepada fakir miskin dan mereka yang berhak menerimanya. Nk tahu tak? Zakat merupaka ibadat harta benda... Wahh! dengan harta pun kite boleh beribadah.. Mudahnya Islam... 



p/s: jgn lupe ingatkan ayah2 kita semua bayar zakat fitrah.. negeri selangor RM 7 je taw... (sekadar selingan)

4. Haji. Haji? "yg pergi Makkah tu eh?" Iya.. Haji iaitu pergi ke Masjidil Haram pada bulan2 haji iaitu Syawal, Zulqaedah dan sepuluh hari pertama dari pertama dari bulan Zulhijjah. Kalau zakat merupakan ibadah harta benda, manakala Haji merupakan ibadah harta benda dan tubuh badan. Haji juga merupakan perhimpunan Islam yang terbesar. Kenapa? Sebab umat Islam dari segenap pelusuk dunia menuju ke tempat yang sama, Makkah untuk menunaikan ibadah Haji yang merupakan salah satu daripada binaan Islam..

kalau ada ibu bapa yang nk pergi Haji tu, jgn lah sedih2 sgt.. sbb ibu bapa kita pergi menunaikan ibadah, bukannya pergi berseronok.. >_<


5. Puasa pada Bulan Ramadhan. hmm.. Rasenye, mcm semua sudahpun mengetahui erti puasa.. Betul tidak? takpe2, mari kita 'revise' semula apa itu yg dimaksudkan dengan Puasa.. Dari segi bahasa ialah menahan diri. Manakala dari istilah syara' ialah menahan diri drpd makan dan minum serta perkara yg membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenamnya martahari.  Bukan makan dan minum sahaja yang kita perlu tahan, nafsu menipu, nafsu malas juga perlu kita berperang dengannya...Kalau nk tahu, puasa ialah ibadah yang dapat membersihkan jiwa , menjadikan ruh kita 'kenyang' dgn ibadah2 yg kita lakukan sepanjang bulan ini.






(b) HUBUNGAN RUKUN-RUKUN ISLAM.

Senang difaham begini.. Lakukan semua rukun ini Islam... Meninggalkan salah satu, kafir... Faham x? 


(c) MATLAMAT IBADAH.

Segala ibadah yg dilakukan haruslah mencapai matlamat atau tujuan ibadah itu dilakukan. Sebagai contoh, tidak ada manfaat mendirikan solat kerana ia tidak dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Contoh yang lain, tidak diterima haji atau zakat yang dilakukan kerana riak dan kemasyuran.


(d) CABANG IMAN.

5 perkara yg telah disebutkan td bukanla merupakan seluruh perkara yg ada dalam Islam, tetapi Baginda bersabda: 
"Iman itu lebih dari tujuh puluh cabang."
[Muttafaq'alaih]

(e) ISLAM ADALAH AQIDAH DAN AMALAN.

Tidak ada apa-apa makna amalan tanpa iman sebaigaimana wujudnya iman tanpa ibadah.. Di sini kita boleh lihat,  Islam, Iman, dan Ibadah sangat2 berkait rapat antara satu sama lain..




Sampai di sini sahaja tintaku.. Nantikan sambungannya, Hadith ke-5 pula.. insyaallah kalau berkesempatan.. doakan ya!.. Moga dapat manfaat daripada apa yg telah di'update' ini... 

Wassalam'alayk..

3 comments:

  1. soalan 6:

    a) tulis 5 point seperti yg ditulis dlm post ni

    ReplyDelete
  2. hehehehe~btol 2...ana pon x de idea....

    ReplyDelete

lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)