Papan kekunci kUnitTaujih..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, seperti yang adik-adik QN semua maklum, pertandingan Quiz QN sedang berlangsung.. Penyertaan daripada adik-adik Qn sekalian sangatlah digalakkan.. segala maklumat tentang Quiz tersebut adik-adik boleh baca di ruangan post dibawah.. Hadiah yang menarik menanti anda!! Ayuh Adik-Adik QN!! Sertailah Beramai-ramai!!



unitTaujih(^_^)

Wednesday, August 31, 2011

EIDUL FITRI's special

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, bertemu kembali kita di ruangan simple Kafilatun Najah :)

ape2 pun, keif hal semua?

arju annakum bisihhah wa 'afiyah, inshaALLAH ^^



okee.

kepada crew-crew QN, adik-adik QN dan juga para pembaca setia, selamat kembali kepada fitrah~

ok..sempena ediul fitri ini, ingin sangat akak nak share sedikit isi-isi khutbah yg akak dapat dari masjid UKM yg disampaikan oleh ketua pusat Islam UKM, Dr. Faudzinaim yang juga merupakan ayah kepada seorang crew QN iaitu Kak Fatin Naimah.

alhamdulillah, khutbah yg disampaikan sangat bertenaga dan menarik :)

katanya:



"Bukanlah Eid ini untuk mereka yg berbaju baru, tetapi Eid ini adalah untuk mereka yg imannya bertambah"




ingat tak waktu kita kecik-kecik dulu orang kata siapa yg x puasa penuh, x boleh raya.. aha.. tak semestinya puasa penuh iman bertambah.. sebabnya kategori org puasa ni ada banyaaaaaak sangat.. ada yg puasa sekadar lapar dan dahaga.. dan ada juga yg puasa yg iman mereka semakin bertambah..

ya! memang ramai sekali manusia yg berpuasa penuh. tapi manusia yg x berpuasa tanpa alasan yg syar'i juga raamaaaaai sekali. tapi kita x boleh kata yg org yg sengaja x puasa itu iman mereka x bertambah ketika di akhir ramadhan.. sebab soal iman ini hanya ALLAH yg tahu.. mana tahu tiba-tiba kahir ramadhan, mereka insaf dan bertaubat dengan sebenar2 taubat.. lantas ALLAH terima taubat mereka.. nak pulak mereka terjumpa dengan lailatulQadr.. dan kita pulak... terus mcm biasa.. terlupa nak mohon keampunan dalam ramadhan yg kita lalui.. agak2 siapa yg lebih bertambah iman?

jadi, jangan senang2 kita nak judge org. sebab kita bukan tuhan :)

balik kepada isi khutbah. manusia selalu berbangga dengan baju-baju baru yg dibeli utk dipakai sempena eidul fitri. nampak cantik. nampak kemas. nampak aurat. oops~ ok.. ye mmg  ketika di eidul fitri kita kenap pakai pakaian yg terbaru atau yg terbaik yg kita ada.. sebagai simbolik kita meraikan hari kemenangan kita~ tapi agak musykil di sini apabila dikatakan eid itu bukan utk mereka yg berbaju baru.. ta[pi utk mereka yg bertambah imannya..

jom kita terjah!

1. ramai yg berbaju baru:
-tapi aurat terdedah.
-utk menunjuk-nunjuk.
-still dengan jahiliyyahnya.
-tinggal solat
-mengumpat
-ok! cukup. dan lain-lain lagi

tapi.... kalau org yg imannya bertambah...
-amalan ketika ramadhan akan diteruskan.. istiqamah!
-akan menjadikan eidnya lebih bermakna
-dan sebagainya.

kenapa ek?

sebenarnya kalau kita tengok... pakaian yg terbaik adalah pakaian taqwa. jadi, iman yg bertambah akan menjadikan pakaian taqwa kita sentiasa update dengan trend terkini tanpa perlu membayar ratusan ringgit -_-'' seperti di yg terdpt di shopping mall padahal baju yg ditawarkan biasa2 je~

LAGI 1!

org yg mampunyai pakaian taqwa yg terkini.... akan mampu menjadikan pakaian taqwa org lain turut menjadi baru dengan izin ALLAH.. kerana org yg baik ke mana sahaja dia pergi akan meninggalkan kesan yg baik...


apa-apa pun..



corak eidul fitri yg kita lalui sebenarnya menunjukkan diri kita :) percaya tak?


kalau eid yg kita  lalui kali ini penuh dengan nafsu makan yg menggila,
maka sebenarnya itu lah diri kita selama ni..
kita puasa dengan perasaan tak aman,
kita mesti x sabar sgt nak ramadhan berakhir,
sebab x sabar nak makan!
haish!


kalau eid yg kita lalui penuh dengan nafsu cinta harta,
maka kita akan kira duit raya setiap kali lepas kita dapat,
kalau x dapat,
kita akan tersnyum mcm kambing,
nampak gembira,
tapi dalam hati sedih sangat,
dan mungkin akan ada mcm2 bisikan dalan hati kita.
haish!



kalau eid kali ini dipenuhi dengan taqwa yg menggunung,
maka setiap detik yg kita langkahi akan penuh dengan ibrah yg berjuta lemon,
setiap satu detik akan terasa sangat bermakna,
tak kisah duit raya,
biarlah berapa jumlahnya,
yg penting ukhuwwah sesama muslimin dapat dibina,
makna eid yg sebenar dpt dicerna,
hatipun dok rasa aman dan lega setiap masa ~



kita pilih!

kita nak eid kita bermakna atau suram diselubungi nafsu?

kita nampak nafsu-nafsu ini menjadikan raya kita leih berwarna-warni,
tapi sebenarnya nafsu-nafus ini telah berjaya memainkan peranannya iaitu utk menipu mata-mata kita ^_^

jom bersama-sama dengan kami ^^

janganlah biarkan diri kita terus tertipu.


jom! kita masih ada banyak masa. jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat ALLAH ok?


baiklah, sempena eid ini, QN nak buat kuiz. hadiah pun ada. terbuka kepada sesiapa sahaja. tapi lebih afdhal kepada mereka yg senang utk berjumpa dengan crew-crew kamilah, supaya kami senang nak bagi hadiah kat dia kalau betul jawapannya.


soalannya, tengok post seterusnya.. maksudnye tunggu post lepas ni~

hadiah:

JOHAN : duit raya RM 10 + Ikram's Magnetic bookmarker + Buku Ilmiah
NAIB JOHAN : duit raya RM  5  + Ikram's magnetic bookmarker
KETIGA : duit raya RM  2  + Ikram's magnetic bookmarker + 4 lilbook


peraturan2 tgk dekat post seterusnya ye~

mmg hadiah x seberapa, tapi yg penting nawaitu kita~


No comments:

Post a Comment

lebih indah kalau dikomen dengan hikmah :)